Stadium Shah Alam Akan Dirobohkan, Diganti Stadium Baharu – MRCB

- Advertisement -

Stadium Shah Alam yang merupakan rumah kepada Selangor FC sah akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Pengarah Urusan MRCB, Mohd Imran Muhamad Salim berkata, pembangunan yang akan dilaksanakan di atas tapak seluas 80 hektar itu meliputi pembinaan stadium baharu, pusat komersial, masjid, taman permainan dan trek jogging untuk digunakan oleh orang ramai.

Menurut beliau, sekiranya cadangan pembangunan itu diluluskan oleh kerajaan negeri, ia bakal menyaksikan Selangor FC akan memiliki ‘rumah’ baru yang boleh memuatkan kira-kira 35,000 penonton

“Seperti yang kita ketahui, stadium berkenaan dibina puluhan tahun dahulu untuk tujuan tertentu dan sekarang ini venue berkenaan dibina semula dengan memastikan ia dapat menangani masalah banjir yang kerap melanda di kawasan itu.

“Kita akan membina semula stadium supaya lebih efisien dengan kos penyelenggaraan minimum selain turut memastikan terdapat banyak kemudahan di kawasan berkenaan.

“Stadium perlu dirobohkan dan akan dibina baharu. Hanya rekabentuk atap saja dikekalkan manakala binaan lain adalah baharu,” katanya pada sesi taklimat pembangunan KSSA, di sini, pada Jumaat.

Untuk rekod, Stadium Shah Alam yang juga bangunan ikonik terletak di Seksyen 13 itu mula dibuka pada 1994 sebelum ditutup kepada bermula 2020 berikutan berhadapan pelbagai masalah terutama membabitkan bumbung venue berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Norita Mohd Sidek menjelaskan, Stadium Melawati turut menerima nasib sama apabila dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek KSSA.

“Kita sudah dapat rekabentuk projek KSSA dan akan menyerahkan kepada kerajaan negeri seterusnya keputusan akan diketahui selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat