TMJ Yakin JDT Di Landasan Betul Untuk Cipta Rekod ‘Triple Hattrick’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kelab itu berada pada landasan untuk mencipta rekod hatrik tiga kali atau `triple hattrick’ memenangi Liga Super.

Tunku Ismail percaya pencapaian itu sukar untuk ditandingi dengan skuad Harimau Selatan menguasai gelaran Liga Super sejak 2014.

Beliau bagaimanapun berkata, kelabnya memerlukan sokongan daripada penyokong dan seluruh keluarga JDT untuk mengharungi lima lagi baki perlawanan liga musim ini.

“Pasukan senior yang berjaya mencipta sejarah layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC kini dalam landasan mencipta rekod memenangi Liga Super buat kali kesembilan, sesuatu yang saya percaya sukar untuk ditandingi. ‘A triple hattrick!’.

“Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku. Kami masih ada lima lagi perlawanan untuk merangkul kejuaraan, tetapi apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

“Kami memerlukan setiap sokongan daripada penyokong dan seluruh keluarga JDT dalam baki perlawanan untuk mencapai matlamat kami iaitu ‘triple hattrick’,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

JDT yang berada di persada liga kini mendahului pasukan tangga kedua, Sabah dengan tujuh mata dan Harimau Selatan dianggap hampir pasti untuk merangkul kejuaraan buat kali kesembilan berturut-turut.

Selain itu, Tunku Ismail berbangga dengan pencapaian keseluruhan pasukan JDT termasuk skuad junior yang berjaya menjadikan tahun ini sebagai tahun yang gemilang buat kelab itu apabila meraih perlbagai kejuaraan.

“Ia tahun yang gemilang buat JDT dengan pelbagai kejayaan dari pasukan senior hingga ke pasukan junior, namun musim 2022 masih belum tamat.

“Kelab ini akan terus berusaha untuk mencapai lebih kejayaan, dan kami memerlukan sokongan daripada semua di dalam keluarga JDT – pengurusan, barisan kejurulatihan, pemain, staf dan penyokong – untuk menyempurnakan musim ini dengan lebih bergaya.

“Kita sudah pun memenangi sembilan trofi setakat ini dalam tahun 2022, dengan Akademi JDT menyumbang tujuh darinya, termasuk JDT III memenangi Piala Presiden (B21) buat pertama kalinya. JDT II pula boleh dinobatkan sebagai juara Liga Perdana, Jumaat ini,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat