PDRM, Polis Thailand Berjaya Selamatkan Ejen Kosmetik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Polis Diraja Thailand berjaya menyelamatkan ejen komestik yang diculik dan dibawa lari ke negara berkenaan pada 13 September lalu.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa Rosnazirah Mohd Naim, 36, berjaya diselamatkan melalui kerjasama dan perkongsian maklumat antara PDRM dan Polis Diraja Thailand.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah (JS) Bukit Aman telah menubuhkan satu pasukan khas merangkumi siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan telah dibawa pulang ke Malaysia pada hari ini,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Sebelum ini media melaporkan, Rosnazirah dilarikan sekumpulan lelaki daripada kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan dan disyaki di bawa ke Thailand.

Sementara itu Acryl Sani berkata dalam kes tersebut seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Katanya, turut dirampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.

“PDRM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Thailand dan kedutaan Malaysia di sana atas kerjasama dan bantuan dalam usaha dilaksanakan bagi membantu menyelamatkan mangsa.

“PDRM juga menyeru kepada masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat