Pemerintah Kota Harbin Di China Ambil Langkah Bunuh Tiga Kucing Positif Covid-19

- Advertisement -

BEIJING – Sebuah kota di utara China dilaporkan membunuh tiga kucing peliharaan kerana disahkan positif Covid-19.

Pemerintah Harbin berkata, mereka terpaksa mengambil langkah tersebut bagi menangani kes jangkitan baharu dalam komuniti.

Lapor Beijing News, kerajaan tempatan memberikan alasan pembunuhan itu disebabkan tempat rawatan haiwan yang dijangkiti virus sudah tidak mampu menampung kehadiran haiwan itu.

Selain itu, tiga kucing tersebut dikhuatiri bakal membahayakan nyawa pemilik mahupun orang ramai.

Kejadian bermula ketika pemilik haiwan itu dijangkiti Covid-19, 21 September lalu.

Dia menjalani kuarantin kendiri selepas meninggalkan air dan makanan untuk haiwan peliharaannya itu.

Sukarelawan tempatan kemudian menjalankan ujian terhadap haiwan itu dan mendapati kesemuanya positif Covid-19.

Pemilik haiwan itu, Nona Liu sempat menghantar permohonan secara dalam talian, namun binatang peliharaannya dibunuh Selasa lalu.

Menurut Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Amerika Syarikat, risiko haiwan peliharaan menyebarkan wabak kepada pemiliknya adalah sangat rendah.

Pembunuhan kucing itu merupakan contoh bagaimana China menangani wabak itu dengan tegas. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat