Kad Laporan 100 Hari Kabinet Keluarga Malaysia Menilai Prestasi, Kepimpinan Dan Persepsi Awam – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menjelang 100 hari pertama Kabinet Keluarga Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa prestasi setiap Ahli Jemaah Menteri akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama.

Kata beliau elemen penilaian itu membabitkan prestasi kementerian, jabatan, penilaian kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif, serta penilaian persepsi awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan kementerian, jabatan di bawah tanggungjawab mereka.

“Pada 24 September 2021 dan 29 September 2021 saya telah mengadakan sesi bersama kesemua 31 Ahli Jemaah Menteri untuk
memuktamadkan senarai aspirasi yang telah dicadangkan.

“Ahli Jemaah Menteri juga diarahkan untuk mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari ini kepada rakyat, bagi menilai pencapaian pretasi Menteri dan Kementerian demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

” Kerajaan meletakkan pencapaian aspirasi tersebut bagi setiap Ahli Jemaah Menteri sebagai keutamaan tertinggi bagi
memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” kata Perdana Menteri pada Khamis.

Ismail Sabri memberitahu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September 2021 bersetuju agar Ahli Jemaah Menteri membentangkan laporan prestasi setiap aspirasi masing-masing bagi 100 hari pertama pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri bermula dari 1 September 2021 iaitu pada hari pertama Mesyuarat Jemaah Menteri diadakan.

Katanya, pelaksanaan inisiatif-inisiatif bagi setiap aspirasi adalah berlandaskan enam teras utama iaitu menstruktur semula ekonomi; menjamin keselamatan dan ketenteraman negara; meningkatkan kesejahteraan sosial; mempertingkatkan infrastruktur menyeluruh; memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia dan memperkasa penyampaian perkhidmatan.

Dalam hal ini, Perdana Menteri memberitahu Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) akan bertindak sebagai penyelaras bersama bagi memastikan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan setiap aspirasi Keluarga Malaysia oleh Ahli Jemaah Menteri dapat dijayakan dengan cemerlang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat