Dr Mahathir Puji Dan Hargai Kejayaan Kerajaan Urus COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad memuji dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan mengurangkan kes jangkitan baru COVID-19 selepas menukar kepimpinan dalam Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau juga yakin negara bakal mengatasi masalah wabak COVID-19 dalam tempoh tidak lama lagi dan percaya kejayaan ini akan mampu memulihkan ekonomi.

“Saya gembira kejayaan kerajaan menganani COVID-19 ini apabila saja kerajaan menubuhkan satu badan dan menukar kepimpinan badan itu dengan serta-merta bilangan kes baru berkurang daripada 25,000 kita sudah sampai kepada 10,000 sehari.

“Jadi saya percaya kita akan dapat mengatasi masalah wabak ini dalam jangka masa tidak panjang dan dengan itu kita dapat pulihkan balik ekonomi negara kita. Ekonomi baru ini bergantung kepada ilmu digital, artificial intelligence (AI).

“Saya ucap tahniah kepada kerajaan perkenalkan RMK-12 ini saya berdoa kerajaan akan mempunyai cukup wang dan cukup niat untuk melaksanakan rancangan ini,” kata beliau di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ahli Parlimen Langkawi itu memberitahu, sekiranya RMK-12 ini dirancang dengan baik dan kerajaan mencari cara-cara yang berkesan kita akan mencapai kejayaan dalam pelaksanaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat