Benarkan Pesawah Ternak Udang Galah Dalam Sawah, Atasi Kemiskinan Luar Bandar – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) namun beliau mengemukakan kepada kerajaan langkah terbaik mengatasi kemiskinan luar bandar.

Kata bekas Perdana Menteri itu, cara mengatasi masalah kemiskinan penduduk luar bandar bukan dengan cara memberi duit kerajaan untuk ‘mengkayakan’ rakyat, itu katanya akan mengakibatkan kerajaan bankrap.

Ahli Parlimen Langkawi itu sebaliknya mengesyorkan supaya kerajaan mengubah teknik ‘pertanian campuran’ yakni tidak hanya bergantung kepada pendapatan penanaman padi semata-mata.

“Saya agak negatif terhadap rancangan-rancangan baru untuk memperkaya penduduk di luar bandar umpamanya ada satu cadangan iaitu kalau kita ternak udang galah di sawah kita boleh tambah pendapatan mereka.

“Tetapi sudah 3 tahun pihak yang pencadang ini meminta daripada kerajaan sama ada mereka boleh laksanakan projek ini tetapi pihak berkuasa dalam kerajaan menyatakan bahawa udang galah ini bahaya kerana ia bukan udang galah kita (tempatan) ia udang galah dari China dan kalau kita ternak di sini jadi banjir masuk dalam sungai ia akan makan semua ikan dalam sungai sebab itu tidak dibenarkan ternakan udang galah ini di Malaysia.

” Nak cuba pun tak dibenarkan sudah tiga tahun meminta berkali-kali dan mematuhi segala arahan pihak berkenaan tapi tak boleh ternak udang galah ini walaupun ia dimakan oleh orang China tak sesiapa pun meninggal kerana makan udang galah tetapi di Malaysia tak boleh,” kata Dr Mahathir di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dr Mahathir memberitahu, pengusaha China tidak boleh menternak udang galah di sawah mereka kerana musim sejuk.

Selain itu, Dr Mahathir pertanian campuran lain yang dicadangkan ialah menanam sayur, bela ikan dan tanam pokok buah-buahan di sawah.

Pun begitu, kata beliau walaupun kita buat perancangan yang baik tetapi kita hadapi banyak masalah dan kita perlu fikir tentang cara mengatasi masalah.

“Membuat perancangan mudah, melaksana tidak begitu mudah,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat