Tempoh Kelonggaran Perbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan, Diskaun Saman Tamat Hari Ini

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kerajaan tidak akan memanjangkan tempoh untuk pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan serta tawaran diskaun untuk saman kesalahan lalu lintas.

Keadaan itu bermakna kelonggaran yang diberikan kerajaan akan tamat selepas Rabu (30 September).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tempoh itu juga merupakan perkara yang dipersetujui syarikat insurans dalam perbincangan yang diadakan bersama Kementerian Pengangkutan.

“Kelonggaran pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan diberikan kerana sebelum ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menutup perkhidmatan kaunter.

“Perkhidmatan JPJ bagaimanapun telah dibuka sepenuhnya pada masa ini, jadi soal pembaharuan (lesen dan cukai jalan) tidak lagi timbul,” katanya kepada Sinchew Daily.

Ka Siong mengingatkan orang ramai bahawa pembelian insurans kenderaan perlu diiringi pembaharuan cukai jalan, atau berdepan kegagalan melakukan tuntutan jika berlaku kemalangan.

Mengenai tawaran diskaun untuk saman lalu lintas sebanyak 70 peratus yang ditawarkan, Ka Siong berkata, tawaran itu sudah dilanjutkan selama sebulan dan lanjutan tambahan tidak akan diberi.

“Kami sudah mengumumkan lanjutan selama sebulan iaitu dari Ogos dilanjutkan ke 30 September.

“Kami sudah menyediakan masa yang mencukupi untuk orang ramai menjelaskan kompaun yang dikenakan,” katanya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat