SPRM Tahan Pengarah Urusan Berkaitan Kes Seleweng Tender RM22 Juta

- Advertisement -

ALOR SETAR – Seorang pengarah urusan syarikat pembersihan direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan tender pembersihan bernilai RM22 juta pada 2018.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Jamaluddin Alias yang menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Semalam, suspek berusia 33 tahun ditahan pegawai SPRM Kedah di sebuah restoran di Kajang, Selangor pada 12 tengah hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada Julai 2018, suspek yang bertugas sebagai pengarah urusan syarikat perkhidmatan pembersihan dipercayai mengarah dua kakitangan syarikat itu mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi tujuan memasuki tender kerajaan.

Dua kakitangan terbabit terpaksa membuat penyata bank dan cop palsu bagi diserahkan kepada kementerian sebagai pertimbangan mendapatkan projek pembersihan bernilai RM22 juta di sebuah jabatan di negeri ini.

Syarikat terbabit kemudian mendapat projek berkenaan pada 2018 sebelum aduan dibuat kepada SPRM Kedah yang menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat