Armenia Dakwa Jet Pejuangnya Ditembak Jatuh Pesawat Turki

- Advertisement -

KONFLIK Armenia-Azerbaijan memasuki fasa baru bila sebuah pesawat pejuang SU25 Armenia ditembak oleh apa yang didakwa kerajaan Armenia sebagai jet pejuang F-16 milik Turki.

Jurucakap kerajaan Armenia, Shushan Stepanyan berkata, pesawat SU-25 itu berada dalam tugas ketenteraan, di ruang angkasa negaranya semasa ditembak jatuh.

Tentera Turki bagaimanapun, menafikan jet pejuangnya menembak jatuh pesawat pejuang Armenia tersebut yang menyebabkan juruterbangnya mati.

Pengarah komunikasi kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata “dakwwan Armenia itu palsu”. Dia menyifatkannya sebagai “aksi propaganda murah”, lapor Bloomberg.

Armenia dan Azerbaijan bertempur di wilayah Nagorno-Karabakh yang terletak di perbatasan selatan Rusia.

Turki menyokong Azerbaijan dalam konflik itu, yang setakat ini telah menyebabkan 100 orang mati – termasuk orang awam – dalam tiga hari pertempuran.

Wilayah ini secara rasmi merupakan sebahagian dari Azerbaijan, tetapi dikendalikan oleh orang Armenia.

Ia memilih untuk menjadi sebahagian dari Armenia setelah kejatuhan Soviet pada tahun 1980-an, yang mengakibatkan perang dan gencatan senjata yang lemah pada tahun 1994.

Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkata kepada majlis keselamatannya pada hari Ahad, 27 September: “Penyelesaian masalah Nagorno-Karabakh adalah misi sejarah kita.

“Kita mesti menyelesaikan perkara ini agar keadilan sejarah dapat dipulihkan”, katanya.

“Kita mesti melakukannya untuk mengembalikan integriti wilayah Azerbaijan.”

Rusia, yang mempunyai pangkalan tentera di Armenia dan perjanjian pertahanan dengan negara itu, mendesak gencatan senjata diadakan untuk memberikan ruang kepada rundingan – Daily Star

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat