Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013 adalah sandiwara.

Perkara itu disahkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan, hari ini.

Dilaporkan sebanyak 72 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kenyataan wakil rakyat Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dan polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan kes berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman yang dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bagi membantu siasatan.

Acryl Sani menyifatkan kenyataan ahli politik berkenaan telah banyak mengguris hati semua pihak yang terlibat dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat