Pan Borneo Fokus Pertama Bung Moktar

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Memulakan hari pertama tugasan, Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin fokus kepada projek lebuh raya Pan Borneo.

Beliau berkata, perkara berkaitan projek lebuh raya Pan Borneo di negeri ini bakal diperincikan Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah bagi melihat pelaksanaan projek berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Adun Lamag itu menegaskan, Sabah sudah banyak ketinggalan apabila memperkatakan perihal Pan Borneo.

“Projek sama di Sarawak sudah siap sebanyak 50 peratus namun Sabah hanya siap antara 18 sehingga 20 peratus sahaja. Hal ini tidak masuk akal kerana projek ini berjalan serentak untuk dua negeri.

“Oleh itu, saya akan perincikan perkara ini secara spesifik bagi memastikan pelaksanaan projek Pan Borneo berjalan lancar supaya rakyat mampu menikmati kemudahan jalan raya terbaik,” katanya memetik laporan Kosmo online, hari ini.

Bung ketika demikian ketika sidang akhbar selepas hadir di bangunan Kementerian Infrastruktur Jabatan Kerja Raya bagi memulakan tugas sebagai Menteri Kerja Raya Sabah hari ini.

Dalam perkembangan lain, bercakap berkaitan perkembangan terkini Covid-19 di Sabah, Bung menyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mencadangkan supaya bandar raya Kota Kinabalu dikuatkuasakan perintah berkurung.

“Bagaimanapun, segala keputusan terpulang kepada kelulusan pihak kerajaan Persekutuan.

“Jika keadaan terkawal, saya rasa ia tidak dilaksanakan tetapi sekiranya situasi semakin teruk, kita tiada pilihan lain kerana nyawa rakyat menjadi keutamaan kerajaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat