Gara-gara Covid-19, Mesyuarat Exco Pahang diadakan secara atas talian

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Mesyuarat Ahli Kerajaan Negeri (Exco) Pahang pada hari ini diadakan secara atas talian bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin melalui laman Facebooknya.

“Exco online hari ini,” tulisnya ringkas sambil memuatnaik gambar yang memaparkan mesyuarat tersebut.

Terdahulu Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan ia dilakukan sebagai langkah berwaspada.

“Ini hanya sebagai langkah berwaspada kerana ini menjadi amalan kita sejak awal pandemik.

“Malah, kita juga dari awal sudah mewajibkan Exco yang ke Sabah untuk membuat ujian saringan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sebaik sahaja tiba di Semenanjung,” katanya.

Ia ekoran daripada dakwaan Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah yang dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh kerana disahkan positif Covid-19.

Beliau kemudiannya diarahkan untuk yang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di hospital tersebut sebelum menjalani ujian kedua menerusi PCR (Polymerase Chain Reaction).

Wan Rosdy melalui satu kenyataan hari ini berkata, hasil ujian kedua yang dilakukan ke atas Ngah itu kemudiannya di dapati negatif Covid-19.

Keputusan itu disahkan oleh Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah, hari ini.

Wan Rosdy berkata, beliau turut dimaklumkan semua mereka yang berada berhampiran Nazri sebelum ini, tiada berdepan risiko dijangkiti virus itu.

“Namun, saya merayu orang ramai supaya meneruskan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat