Sematkan Cinta Negara Untuk Keluarga Malaysia Kekal Harmoni – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia menyematkan rasa cinta negara.

Katanya, ini membolehkan Keluarga Malaysia terus bekerjasama dan bersatu padu untuk mempertahankan nilai-nilai kedamaian, keamanan dan kemerdekaan bagi membangun dan menjaga kedaulatan kita.

“Adat bersaudara, saudara dipertahankan; Adat berkeluarga, keluarga dilindungi; Adat berkampung, kampung dijaga; Adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan; sesungguhnya kita semua satu keluarga; Keluarga Malaysia penyambung warisan.” kata Perdana Menteri menyampaikan perutusan sempena Hari Kebangsaan 2022, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Keluarga Malaysia diseru agar tidak melupakan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan yang memerdekan negara ini.

Nama-nama seperti Mat Kilau, Datuk Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Rentap, Datuk Maharajalela, Dato’ Sagor, Haji Abdul Rahman Limbong, Datu Mat Salleh, Rosli Dhobi adalah antara tokoh yang telah berkorban demi tanah air tercinta.

Ujar Perdana Menteri, Pahlawan Mat Kilau pernah berpesan; perjuangan mesti diteruskan oleh generasi muda, jangan biar tanah air tergadai, jangan sesekali mudah dipicit sehingga terbelah dua.

“Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak kan datang melayang. Rahmat dan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil perjuangan titisan darah, keringat dan air mata.

“Tidak terhitung banyaknya nyawa yang terkorban dan tidak terkira nilai kerugian harta benda dalam mencapai sebuah erti kemerdekaan.

“Ketika perjuangan menentang penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris, dan Jepun, ramai pejuang yang aulia rebah demi mempertahankan pertiwi.” ujarnya lagi.

Selain itu, semangat perjuangan seperti ini perlu digilap kepada generasi baharu supaya mengenal sejarah pahlawan negara di samping menyedarkan pemimpin bangsa ke arah landasan yang betul menurut tuntutan dan ajaran agama. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat