Semoga ini merdeka terakhir dalam pandemik COVID-19 – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kemerdekaan sebenar Malaysia ke-64 kali ini ialah memerangi pandemik COVID-19 sebagai musuh paling utama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memerangi pandemik COVID-19 dan kejayaan ini akan membolehkan kita membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baharu.

“Ekonomi wajar dipulihkan, kesejahteraan rakyat perlu ditingkatkan, keyakinan pelabur harus dikembalikan.

“Individu yang mengenali sejarah akan memiliki jati diri yang kukuh dan saling menghormati.

“Perkara paling utama ialah, mereka akan memiliki fikiran yang fokus dalam mengatasi apa pun cabaran sebagai sebuah keluarga besar, Keluarga Malaysia,” ujarnya dalam Perutusan Hari Kebangsaan ke-64, malam ini.

Justeru Ismail Sabri berkata, pada sambutan ke-64 kemerdekaan tanah air kita ini, marilah kita membulat tekad untuk memulihkan negara.

Tahun terakhir merdeka dalam pandemik

Perdana Menteri amat berharap hasil kerjasama daripada kita semua, tahun ini menjadi tahun terakhir kita merayakan Sambutan Hari Kemerdekaan dalam suasana peperangan melawan pandemik COVID-19.

“Marilah kita memerdekakan negara kita daripada pandemik ini, daripada kegawatan ekonomi dan daripada ketidakstabilan politik.

“Izinkan patik dan seluruh rakyat Malaysia menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, di atas kedaulatan dan kebijaksanaan Baginda Tuanku yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.

 

Kata beliau, cabaran yang sedang kita hadapi hari ini belum pernah ditempuhi sebarang pemimpin dan kerajaan sebelum ini.

“Kini kita berdepan dengan beberapa cabaran serentak iaitu wabak penyakit dan kegawatan ekonomi. Di mana, ia menggugat kestabilan politik negara kita dan di seluruh dunia.

“Oleh itu, saya ingin menyeru kepada Keluarga Malaysia agar segeralah mendapatkan vaksin sebagai salah satu ikhtiar pemulihan negara.

“Vaksin telah terbukti memberi impak positif terutamanya dalam usaha memerangi wabak ini.

“Berpandukan data dan fakta, yakinlah bahawa hanya melalui kerjasama penuh daripada semua pihak, peperangan melawan pandemik COVID-19 akan berakhir dengan kemenangan,” katanya.

Susulan itu Ismail Sabri berkata, pada tarikh keramat ini, marilah kita berjanji untuk bersama-sama memulihkan negara yang telah terbina tanpa mengira batasan agama, bangsa dan kaum.

“Kita mahu mempunyai semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Ismail Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun H.S. Lee dan Tun V.T. Sambanthan.

“Ini termasuklah kebersamaan tokoh-tokoh dari Sabah dan Sarawak seperti Tun Datu Mustapha, Tun Muhammad Fuad Stephens, Tun Abdul Rahman Ya’kub dan Tun Temenggong Jugah terhadap pembentukan Malaysia. Semangat kebersamaan inilah yang perlu kita warisi untuk memulih dan membina negara.

“Saya bagi pihak seluruh Keluarga Malaysia mengalungkan setinggi- tinggi penghargaan kepada tokoh-tokoh negara yang sangat berjasa ini, yang telah pergi meninggalkan kita.

“Nilai kemerdekaan negara ini terus dipelihara oleh kesemua Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

“Selamat mensyukuri Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-64. Malaysia Prihatin, Dirgahayu Tanah Airku! Ucap beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat