Muhyiddin Gesa Pemimpin Sabah Bersatu Hati

Bung, Salleh dan Hajiji Antara Calon Ketua Menteri Sabah

Kota Kinabalu - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi memutuskan calon ketua menteri bagi menerajui negeri Sabah. Ia ekoran kemenangan gabungan Barisan Nasional...

PRN Sabah: Nasib Berbeza Ketua-Ketua Parti

KOTA KINABALU - Percaturan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman tidak menjadi apabila gagal meraih kemenangan di DUN Bongawan. Bagaimanapun dua lagi...

PRN Sabah: Warisan Tumbang

Kota Kinabalu - Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37...

GRS Perlukan 9 Kerusi Lagi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di laporkan telah memperolehi 28 kerusi dan memerlukan hanya 9 kerusi lagi bagi membentuk kerajaan negeri. Menurut keputusan...

Presiden UPKO Tewas Di DUN Kiulu

KOTA KINABALU - Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu pada Pilihan Raya...

KOTA KINABALU, 29 Ogos — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pimpinan politik di Sabah supaya bersatu hati untuk bekerja sebagai satu pasukan dalam usaha membangunkan negeri.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata dalam persekitaran normal baharu, semua parti poltik samada Bersatu, UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Maju Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), MCA atau PAS perlu duduk berbincang tentang kepentingan rakyat.

“Kita semua orang Malaysia. Ini adalah masa dalam normal baharu ini, seharusnya ada politik normal baharu untuk kita duduk semeja, berunding dan berbincang untuk kepentingan rakyat khususnya hari ini adalah untuk rakyat di Sabah, (tunjukkan) bahawa kita adalah satu.

“Kita bekerja sebagai satu pasukan untuk memperoleh kejayaan seterusnya membina dan majukan Sabah untuk rakyat Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pimpinan Masyarakat Negeri Sabah di sini, malam ini.

Turut hadir Ketua Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor; Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Timbalan Presiden PBS Datuk Radin Malleh; Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup;

Majlis itu turut dihadiri Ketua MCA Sabah Lu Yen Tung; Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, Ketua Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling, dan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Muhyiddin berkata perkara utama sekarang adalah untuk melihat situasi politik negeri ini kukuh dan stabil, justeru kerjasama pemimpin parti politik adalah penting dalam merealisasikan hasrat itu.

“Bila suasana politik negeri stabil, ini bantu tentukan segala perancangan pembangunan dan ekonomi berjalan licin dan lancar, kerana itu saya berada di sini untuk tinjau perkembangan mutahir berlaku di Sabah gambaran lebih dekat apa berlaku di sini,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

UMNO Tak Kerjasama Dengan Siapa Saja Yang Bersama DAP – Annuar

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya bertenang dan tidak perlu sakit kepala memikirkan ‘kerjasama’ UMNO...

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Kuala Lumpur - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di dalam Muafakat Nasional (MN) agar tidak mengkhianati...

Kenyataan Zahid Hamidi Ada Kebenaran – Timbalan Presiden Pas

KOTA KINABALU- Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersetuju dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengenai kesukaran untuk...