Bantuan Tekun Mobilepreneur sudah cecah RM10.95 juta — Wan Junaidi

Peruntukkan RM6.37 Juta Untuk Program Rumah Rakyat Pahang

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM6.37 juta untuk membina 98 Rumah Rakyat Pahang (RRP) sebagai salah satu kaedah supaya anak negeri Pahang berupaya memiliki...

Sejuta Orang Sudah Mati Akibat Covid-19, Dan Ini Kisahnya

SEORANG doktor China yang cuba memberi amaran. Seorang bapa kepada enam anak yang berhijrah dari Pakistan ke Amerika Syarikat untuk memberikan kehidupan yang lebih...

PKPDB: KWSP Tawau Dan Lahad Tutup

CYBERJAYA: Akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB),  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup  sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan...

509 Penagihan Berulang Di Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 509 penagih dadah tegar atau berulang di negeri ini disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, sejak Januari lepas...

PM Ucap Terima Kasih Atas Pemilihan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

CYBERJAYA: Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional...

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi setakat ini sudah memberikan dana skim pembiayaan Tekun Mobilepreneur mencecah RM10.95 juta kepada 1,363 usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal atau riders dalam negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata di bawah skim itu tiap seorang riders menerima bantuan maksimum sehingga RM10,000 yang disalurkan kementerian itu menerusi agensi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

“Setakat ini di Sarawak kita sudah beri (dana Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur) kepada 122 orang riders, jumlah (dana) yang disalurkan ialah RM1.15 juta,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 7.0 Negeri Sarawak di D’Virtual Park, di sini, hari ini.

Menurutnya skim itu bertujuan memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 untuk tujuan pembelian motosikal, baik pulih motosikal, pendaftaran bersama syarikat e-hailing dan modal pusingan.

Beliau berkata berikutan jumlah riders yang menerima dana terbabit hampir mencecah 1,500 orang di negara ini, beliau menyarankan riders terbabit menubuhkan koperasi sendiri.

Wan Junaidi berkata dengan adanya koperasi, para penghantar ini dapat mengumpulkan dana sendiri dan jumlah wang yang dikumpul dapat digunakan untuk membeli syer dari syarikat yang mengambil mereka sebagai penghantar barangan atau perkhidmatan.

Majlis hari ini juga turut menyaksikan penyerahan sumbangan kerajaan keseluruhannya berjumlah RM498,877 kepada empat penerima bantuan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dan tiga penerima bantuan Business Scale-Up Programme (Biz-Up).

Selain itu, satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara SME Corp. Malaysia dan Serba Dinamik Holdings Berhad turut diadakan bagi mengesahkan kerjasama kedua belah pihak untuk melaksanakan Hub Inovasi dan Urban Garage untuk Perushaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Di bawah kerjasama ini, Serba Dinamik akan membangunkan kemudahan infrastruktur digital dikenali sebagai Virtual Park di sini, sementara SME Corp Malaysia melaksanakan program pembangunan kapasiti dan khidmat nasihat digital dalam operasi perniagaan usahawan setempat.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Perbankan Islam Perlu Nafas Baharu

PERBANKAN Islam yang merupakan wadah utama umat Islam melakukan transaksi kewangan patuh syariah tidak sepi daripada sebarang kritikan sejak awal penubuhannya sehingga kini. Ada...

Muat Turun WeChat & TikTok Diharamkan Di Amerika Syarikat Mulai Esok

JABATAN Perdagangan Amerika Syarikat merancang untuk menyekat akses kepada aplikasi WeChat dan Tiktok bermula esok, selaras dengan tarikh kuatkuasa perintah eksekutif Presiden Donald Trump. Semalam...

TikTok Memilih Oracle, Bukan Microsoft Sebagai Rakan Teknologi Baru Mereka

SELAMA beberapa bulan terakhir, semua orang terpaku pada telefon mereka ketika menunggu kemas kini berita larangan TikTok - aplikasi yang secara dramatis telah mengubah...