Pesawat Pejuang Rafale: Selepas India, Giliran Greece Pula

- Advertisement -

MENURUT laporan, Greece sedang bersiap untuk meneruskan perolehan baru negara berkenaan untuk jet tempur. Jet yang dipilih adalah 18 jet pejuang Rafale yang akan diperoleh dari Perancis

Perolehan baru dirancang bersama Kementerian Pertahanan Perancis. Rancangan untuk memperoleh frigat jenis Belh mungkin tidak menjadi dengan berbagai alasan, tetapi nampaknya kedua-dua negara terus membincangkan isu senjata dan pertahanan secara umum.

Memetik sebuah rencana di Parapolitika yang membincangkan pembelian 18 jet pejuang Rafale tersebut, secara khusus menyebut bahawa Greece dan Perancis telah mencapai kesepakatan untuk pembelian 18 buah jet tempur Rafale.

Akhbar itu membincangkan mengenai perjanjian awal untuk perolehan 10 buah pesawat pejuang baru Rafale C F3-R generasi terkini, sementara baki 8 yang lain akan diambil dari versi yang lebih lama dari stok Tentera Udara Perancis.

Artikel itu juga mendakwa bahawa Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis dan Presiden Perancis Emanuel Macron telah bersetuju untuk pembelian berkenaan – yang jika teliti, sebetulnya akan mengubah kekuatan udara di rantau Aegean dengan ketara.

Pesawat Rafale C F3-R yang sedang diintai Greece, akan mempunyai teknologi radar RBE2 AA AESA dan peluru berpandu BVR METEOR dengan jarak 100 dan kelajuan 4 Mach.

Sekiranya pembelian dimuktamadkan dan dilaksanakan, 18 buah Rafale, dengan kombinasi 24 buah pesawat Mirage 2000-5Mk II sedia ada yang dimiliki Greece dalam armada pesawat pejuangnya, akan memberi kelebihan kepada negara itu di rantau Aegean.

Terutama bagi menyaingi Turki yang baru-baru ini memperolehi sistem pertahanan udara paling moden S-400 dari Turki – sumber Pagenews.gr

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat