Kerjasama Bersatu, UMNO, PAS Atas Dasar Khianat, Rompak & Jual Agama, Kata Khalid Samad

Lepas UMNO Cium, Katak Menjadi Putera Raja, Kata Khaled

Kuala Lumpur - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mengeluarkan kenyataan sindiran terhadap konflik politik yang berlaku di Sabah. Bekas menteri...

Jika BN Adalah Beban, Elok PN Segera Tamatkan Kerjasama Politik – Nazir

Kuala Lumpur - Sebarang kerjasama politik yang dibentuk harus dengan ada keikhlasan bukannya mendabik dada paling kuat dan paling bersih. Menurut Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa,...

Tak Perlu Kuarantin Jika Tiada Gejala, Ujian Negatif, Tiada Kontak Rapat – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Individu yang baru pulang dari Sabah dan diuji negatif Covid-19, tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak rapat dengan individu positif tidak perlu...

Pekerja Kebersihan Maut Sakit Jantung Selepas Diserang Anjing Liar

SEPANG - Seorang pekerja kebersihan ditemukan maut di tepi jalan di Kampung Baru Dengkil, di sini hari ini dipercayai akibat diserang anjing liar. Dalam kejadian...

Insiden Besi Jatuh Berlaku Di Jakarta, Bukan Di Klang Parade – Polis

KLANG - Polis Klang Utara menafikan dakwaan berlaku kemalangan maut susulan besi dari tapak pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) terjatuh berdekatan Klang Parade, hari...

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam menunjukkan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO berpotensi menguasai politik negara.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, sehubungan itu gabungan pembangkang pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga harus bersatu bagi menghadapinya.

“Keputusan Slim menunjukkan kerjasama ‘Bersatu-UMNO-Pas’ amat berpotensi menguasai politik negara.

“Kesatuan atas dasar ‘khianat, rompak dan jual agama’ kali pertama dihadapi dan untuk menghadapinya kita juga perlu bersatu. Jangan dipandang remeh dan peranan setiap pihak diperlukan,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Beliau berkata, ada juga yang mengatakan bahawa keputusan PRK DUN Slim adalah bukti parti baharu, Pejuang pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Pejuang ditolak rakyat dan Dr Mahathir hilang ‘daya tarik’.

“Sebenarnya ia membuktikan pembangkang perlu bersatu dan usaha menunjukkan kelemahan sesama sendiri hanya menguntungkan Perikatan Nasional. Tiada yang boleh bersendirian. Rapatkan saf seperti semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya.

Malam tadi, Barisan Nasional menerusi calonnya, Mohd Zaidi Aziz, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, selepas diumum menang dengan majoriti bergaya dalam PRK DUN Slim.

Mohd Zaidi meraih 13,060 undi menewaskan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (2,115 undi) dan S Santharasekaran, yang memperoleh sebanyak 276 undi. – Sinar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan