Ingat, Kerajaan Madani perlu bela rakyat marhaen bukan selamatkan elitis – MUDA

KUALA LUMPUR – Tindakan Kerajaan Madani membuat pusingan U dengan membatalkan perancangan untuk kenalkan Cukai Barangan Bernilai Tinggi/High Value Goods Tax (HVGT) ataupun Luxury Goods Tax menunjukkan hipokrasi kerajaan.

Pemangku Presiden MUDA Amira Aisya Abd Aziz berkata, dulu kerajaan umumkan melalui pengenalan HVGT, kerajaan boleh jana hasil cukai sebanyak RM700 juta.

Jadi katanya, apa perancangan kerajaan untuk menggantikan anggaran hasil tersebut?

“Saya percaya Kerajaan Madani tidak mahu benar-benar berbahas dengan pengenalan cukai untuk mahakaya kerana realitinya, kerajaan tidak serius pun untuk menguruskan dasar fiskal yang lebih adil
untuk semua rakyat.

“Kerajaan Madani perlu ingat, mereka perlu membela rakyat marhaen dan bukannya menyelamatkan golongan elitis,” bidas Amira.

Adun Puteri Wangsa itu berkata, keputusan kerajaan tidak mahu mengenakan cukai barangan mewah satu langkah yang sekali lagi menunjukkan hipokrasi Kerajaan Madani.

“Dulunya mereka kata mahu cukai yang mahakaya, tetapi perancangan untuk kenalkan cukai seperti High Value Goods Tax ini terus dilupakan.

“HVGT merupakan sistem cukai yang lebih komprehensif kerana ianya akan fokus kepada barangan tertentu sahaja dalam kehidupan mewah seperti jam tangan mewah, beg mewah, aksesori dan macam macam lagi barangan yang bernilai tinggi.

“Ianya satu sistem percukaian yang lebih adil kepada rakyat Malaysia kerana hanya golongan mahakaya yang akan dicukaikan,” jelasnya.

Justeru Amira mengemukakan tiga persoalan yang perlu dijawab kerajaan iaitu adakah Kerajaan Madani hanya berpura-pura mahu mencukai golongan mahakaya, dan kembalikan hasil cukai tersebut kepada seluruh rakyat Malaysia?

Katanya, peluasan skop SST yang terburu buru boleh dilaksanakan kerajaan tetapi cukai untuk mahakaya terus hanya jadi slogan semata-mata.

“Sekiranya barangan mewah telah dimasukkan sekali dalam peluasan skop SST, berapa anggaran hasil cukai yang akan diterima oleh kerajaan dan bagaimana kerajaan mahu klasifikasikan hasil
tersebut datangnya daripada barangan mewah?

“Saya fikir kerajaan masih keliru dengan pengelasan barangan yang dikenakan cukai SST sehingga barangan asas pun naik cukai, tetapi bukan barangan mewah,” ujar Amira lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat