PM lancar sambutan bulan kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang

- Advertisement -

PUTRAJAYA, 30 Julai 2022 – Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob hari ini merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022.

Sambutan kali ini diadakan secara meriah dengan berkonsepkan terbuka (outdoor) serta melibatkan penyertaan Keluarga Malaysia melalui program ‘Berjalan Teguh Bersama’, dan Konvoi Kembara Keluarga Malaysia 2022 (KKM2022).

Program ‘Berjalan Teguh Bersama’ yang diadakan ini membawa mesej kebersamaan sejajar aspirasi Keluarga Malaysia dan semangat perpaduan, dengan jangkaan penyertaan 15,000 orang Keluarga Malaysia, yang berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer bersama keluarga.

Program ini disertai oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, serta Jemaah Menteri.

Selain itu, pelepasan Konvoi KKM2022 oleh YAB Perdana Menteri juga menandakan bermulanya kembara ke negeri-negeri seluruh Malaysia. KKM2022 ini berkonsepkan serahan baton iaitu Baton Jalur Gemilang yang menjelajah ke seluruh negara bermula di Dataran Putra, Putrajaya dan melalui perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

KKM2022 ini akan berakhir pada 31 Ogos 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur iaitu lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Konvoi keseluruhan KKM2022 melibatkan 434 kenderaan melibatkan jumlah peserta seramai 530 orang.

Penganjuran program pada tahun ini melibatkan penyertaan kenderaan daripada Kementerian, Jabatan dan agensi di peringkat persekutuan, negeri dan daerah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta kelab permotoran dari pelbagai latar belakang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat