Shafie Apdal Fokus Jadi PM Sajalah – Najib

- Advertisement -

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menasihatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal supaya memberi tumpuan untuk menjadi perdana menteri bersama Pakatan Harapan (PH).

“Sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dia (Shafie) rompak mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah. Masa itu dia tak minta bubar DUN.

“Bulan lepas, dia kata tak perlu bubar DUN Sabah kerana Covid-19 dan keperluan menanangi krisis ekonomi.

“Hari ini, dia minta bubar DUN pulak. Kononnya mandat rakyat yang mereka pernah rompak telah dirompak,” kata Najib dalam kenyataan di Facebooknya.

Shafie berkata Yang di-Pertua Juhar Mahiruddin bersetuju untuk membubarkan DUN atas permohonannya.

Perkembangan ini menyusuli dakwaan bekas ketua menteri Musa Aman semalam mengatakan beliau mempunyai sokongan secukupnya untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Melihat kepada perkembangan semasa, Shafie menegaskan beliau dari segi undang-undang berhak memohon pembubaran DUN walau berapa pun sokongan yang didakwa dimiliki pembangkang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat