BN Kekal Sokong Kerajaan PN – Ahmad Zahid Hamidi

- Advertisement -

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Ahli Parlimen Barisan Nasional kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional tanpa menyertai gabungan tersebut secara rasmi.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

“Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

Zahid dalam sidang media tersebut juga menyatakan, “Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

“Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi oleh Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

Menurut Zahid akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat