Sabah Bukan Milik Malaysia, Bawangrians ‘Serang’ FB Philippine Star

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Kehebatan, kerjasama dan kesepaduan ‘bawangrians’ dari Malaysia memang tidak boleh disangkal lagi.

Semalam, ribuan netizen menyerang laman Facebook portal berita Philippine Star berhubung kenyataan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr yang menyentuh kedaulatan Malaysia.

Teodoro ketika menjawab kenyataan Kedutaan AS di Filipina, mendakwa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia.

“Sabah tidak berada di Malaysia jika kamu ingin mempunyai kaitan dengan Filipina,” kata Locsin pada Isnin merujuk kepada gambar pemberian bantuan kepada rakyat Filipina yang pulang dari Sabah.

Hishammuddin kemudiannya membalas ciapan itu dengan mengatakan kenyataan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

“Ini adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang boleh mempengaruhi hubungan dua hala.

“@MalaysiaMFA akan memanggil Duta Besar Filipina pada hari Isnin untuk memberi penjelasan. Sabah adalah, dan akan selalu menjadi, sebahagian daripada Malaysia,” katanya.

Tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata netizen Malaysia turut menyelar kenyataan tersebut sambil menggesa akhbar tersebut berhenti memainkan isu sentimen demi keharmonian kedua negara.

Sehingga berita ini ditulis, laman FB Philippine Star telah menerima lebih 2,700 ribu komen dan lebih 1,300 ribu tanda emosi.

Tidak cukup dengan itu akaun Twitter Locsin turut dihujani dengan ribuan komen yang mendakwa Sabah akan tetap menjadi milik Malaysia.

Kesimpulannya, “jangan main-main dengan bawangrians Malaysia” kerana banyak kali sudah dizahirkan dan sekali lagi terbukti mereka ‘bukan biasa-biasa’.

Malaysia Tolak Tuntutan Manila

Mengikut rekod Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura membentuk Malaysia pada tahun 1963 di bawah perjanjian antarabangsa yang disebut Perjanjian Malaysia 1963.

Singapura selepas itu telah membentuk sebuah negara merdeka sendiri.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada 2016 berkata beliau akan meneruskan tuntutan ke atas Sabah.

Pada 2019 Duta Filipina ke Malaysia, Charles Jose kembali menegaskan, Manila belum menarik balik tuntutan ke atas Sabah, sebaliknya negara itu tidak aktif meneruskan tuntutan berkenaan ketika ini.

Wisma Putra kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan menegaskan Sabah ialah sebahagian daripada Malaysia, seperti diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa sejak pembentukan persekutuan pada 16 September 1963.

Putrajaya melalui Kementerian Luar, secara konsisten menolak tuntutan Manila dan terbaru pada Julai 2018, apabila Ahli Jawatankuasa Rundingan Mengkaji Semula Perlembagaan Filipina 1987, Aquilino Pimentel Jr, mencadangkan negeri itu dijadikan wilayah Filipina dalam usaha ia beralih kepada sistem persekutuan.

Walaupun banyak kenyataan dilaporkan media, Manila sehingga kini belum mengambil sebarang tindakan rasmi seperti memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Jenayah Antarabangsa secara rasmi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat