Sindiket Kad Pengenalan Palsu, Presiden Parti PPRS Didakwa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Datuk Mohd Arshad Abdul Mualaf didakwa di Mahkamah pagi tadi kerana dipercayai menjadi dalang sindiket Pemalsuan kad Pengenalan di Sabah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau akan didakwa Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hamzah menjelaskan, kesalahan yang dilakukan adalah kerana terdapat penipuan orang bukan warganegara yang melakukan sindiket.

Terdapat beberapa kumpulan konon-kononya boleh memberi dan mengeluarkan ‘kad kebal’ sementara seolah-olah kad ini boleh digunakan dalam negara kita.

“Mereka mengakui sesiapa sahaja yang memegang kad kebal tersebut, boleh mendapat segala ‘benefit’ (faedah) seperti hospital, ‘education’ (pendidikan),

“Dan yang paling penting kata-kata yang telah dikeluarkan oleh sindiket ini mengatakan seola-olah orang yang memegang kad tersebut boleh memperolehi Kad Pengenalan warganegara.” kata Hamzah pada Sidang Media di Bukit Aman, sebentar tadi.

Jelas Hamzah lagi, Unit Khas telah melakukan siasatan dan akhirnya telah menangkap dua orang iaitu Mohd Arshad dan Mohd Amkah. Kedua-dua ditangkap dan diletakkan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hamzah menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak tertipu dengan sindiket ini dan menurut katanya lagi, kerajaan tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk mengeluarkan kad yang dikeluarkan oleh mana-mana sindiket dalam negara kita buat masa ini.

Buat masa ini terdapat empat kad yang diiktiraf oleh kerajaan iaitu Kad Pengenalan warna biru yang dikeluarkan untukan warganegara Malaysia sendiri. Selain itu, Kad Pengenalan berwarna merah untuk mereka yang mana kerajaan telah memberikan taraf penduduk tetap (PR), Kad Pegenalan warna hijau diberikan kepada bukan warganegara tetapi mahu tinggal di negara ini untuk bekerja dan Kad Pengenalan warna coklat kepada mereka yang terutama rakyat Malaysia yang telah dihukum kesalahan besar, ujarnya. -SuaraTV

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat