Ibu Tunggal Habis Ikhtiar, Kibar Bendera Putih Mohon Bantuan

- Advertisement -

KOTA BHARU – Seorang ibu tunggal terpaksa mengibarkan bendera putih di hadapan rumah sewanya di Kampung Pantai Kundur di sini hari ini selepas stok beras dalam simpanannya habis.

Rohaya Che Samah, 50, berkata, tindakan itu merupakan ikhtiar terakhirnya selepas tidak dapat keluar bekerja sebagai pencanting batik apabila anak bongsunya berusia 14 tahun tidak sihat.

Menurutnya, tindakan mengibarkan bendera putih itu dilakukan selepas menerima cadangan daripada adik perempuannya yang kini bekerja di ibu negara.

“Adik telah mencadangkan kepada saya supaya menaikkan bendera putih sebagai ikhtiar untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya terkejut apabila gambar bendera putih di rumah kami tular dipercayai telah dimuat naik oleh penduduk setempat menerusi WhatsApp dan Facebook,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, Rohaya menerima kunjungan dari Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Muhammad Abdul Munib Zakaria bersama Penghulu Mukim Pulau Kundur, Rosli Mat Hussin yang menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan dapur.

Sementara itu, Muhammad Abdul Munib berkata, pihaknya berharap mereka yang berdepan dengan masalah seperti ini supaya menghubungi penghulu mukim masing-masing untuk mendapatkan bantuan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Rohaya Che Samah, 7050968844. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat