91 Peratus Kes Covid-19 Di Selangor Dari Kluster Kilang & Tapak Pembinaan – MB

- Advertisement -

SHAH ALAM – Program Vaksin Selangor (SelVAX) adalah antara usaha kerajaan negeri bagi mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenal pasti kumpulan sasaran (SelVAX Komuniti) serta memelihara pekerja (SelVAX Industri).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata, SelVAX Komuniti akan memberi manfaat kepada 250,000 warga Selangor yang belum divaksin, manakala SELVAX Industri adalah program berbayar yang terbuka kepada syarikat secara sukarela dengan sasaran satu juta pekerja.

Bagi program itu, sejumlah 2.5 juta dos yang ditempah dengan jangkaan 1.25 juta orang penerima vaksin.

“Kerajaan Negeri menyasarkan hingga 181,000 dos bagi penerima SelVAX Komuniti secara percuma menjelang akhir bulan depan. Bagi SelVAX Industri pula, kita sedar dan akui sejumlah besar kes saat ini berpunca daripada kluster tempat kerja.

“Mengikut angka dan data terkini, 91 peratus kes di Selangor berpunca daripada pekerjaan iaitu 80 peratus Kluster Perkilangan dan 11 peratus Kluster Tapak Bina bersamaan dengan 125 Kluster daripada dua sektor ini,” katanya dalam pengumuman khas SelVAX secara maya hari ini.

Justeru itu katanya, kerajaan negeri menyediakan dua juta dos vaksin bersamaan satu juta pekerja, termasuk pekerja asing, dalam usaha melindungi semua daripada penularan wabak ini.

“Dengan memberikan vaksin kepada pekerja kilang dan industri, kita dapat mengawal dan mengurangkan kadar perebakan COVID-19, secara tidak langsung akan melindungi kita semua.

“Bagaimanapun, SelVAX Industri hanya terbuka kepada syarikat dan tidak dijual kepada individu,” katanya.

Katanya, matlamat utama pelaksanaan SelVAX ini adalah melengkapi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan memastikan imuniti kelompok dicapai.

“Dengan pelaksanaan SelVAX ini dan tambahan bekalan vaksin dari JKJAV, dijangkakan jumlah suntikan vaksin akan meningkat kepada 135,000 dos pada bulan Julai dan 165,000 dos pada Ogos. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat