Covid-19: Malaysia Catat Angka Terendah Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perkembangan kes Covid-19 di Malaysia merekodkan dua kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,639 kes setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 164 kes, dan pesakit telah diasingkan serta diberi rawatan.

Katanya, daripada dua kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Sementara itu satu kes adalah penularan di dalam negara iaitu kes saringan pra-rujukan di Hospital Kota Belud, Sabah.

“Kedua-dua kes ini melibatkan warganegara Malaysia. Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan media pada petang Selasa.

Beliau juga memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes,” ujarnya.

Setakat Selasa, 20 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,354 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Dalam pada itu, empat kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat