Penyanyi rap, Dr Dre dan isteri bercerai

- Advertisement -

MOGUL rap, Dr Dre, 55, bercerai dengan Nicole Young, 50, selepas 24 tahun mendirikan rumah tangga.

Perceraian itu difailkan sendiri Young yang mengaku, mereka sudah tidak sehaluan dan menjadi punca keputusan itu diambil.

Penguambela Dre atau nama sebenarnya Andre Young, bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perpisahan itu.

Pasangan berkenaan berkahwin pada Mei 1996, dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Truice, 23, dan Truly, 19.

Young yang juga bekerja sebagai peguam, turut menuntut sokongan nafkah daripada Dre.

Penyanyi terbabit dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah RM3.43 bilion, sekali gus menjadikannya artis hip hop terkaya di dunia.

Dre mencipta nama bermula sekitar era 1980-an dan adalah pemenang enam kali Anugerah Grammy. Dia juga adalah pemilik Aftermath Entertainment.

Dia turut menjadi pemilik bersama USC Jimmy Lovine and Andre Young Academy for Arts, Technology and the Business of Innovation. Dre juga memiliki banyak aset hartanah di Los Angeles.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat