Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi sedikit ketika pasaran menunggu data inflasi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan laporan indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) untuk April, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7020/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7030/7060 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata konsensus mengunjurkan PCE pada April dan indeks PCE teras masing-masing meningkat 2.7 peratus dan 2.8 peratus tahun ke tahun yang hampir sama dengan paras Mac.

Beliau menyatakan bahawa ini telah memberikan sokongan kuat kepada dolar AS.

“Jika PCE jatuh lebih daripada yang dijangkakan dan senarai gaji bukan ladang pada minggu depan adalah lebih rendah daripada yang dijangkakan, ia boleh menyokong untuk penurunan kadar. Jika tidak, dolar AS yang kukuh mungkin akan berterusan,” katanya kepada Bernama sambil menambah berdasarkan kenyataan rasmi, Fed AS tidak akan melonggarkan dasar monetarinya.

Pada penutup urus niaga, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 5.0838/0892 daripada 5.1032/1065 pada penutup Rabu, dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9767/9831 daripada 6.0010/0049 semalam.

Bagaimanapun, ia lebih rendah sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.9959/9992 daripada 2.9923/9944 pada Rabu.

Pada masa yang sama, ringgit juga mengukuh berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7727/7908 daripada 12.7938/8068 pada penutup Rabu, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 289.0/289.4 daripada 290.9/291.3 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.03 daripada 8.04/8.05 sebelum ini.

Ia juga diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.4791/4833 daripada 3.4850/4875 semalam. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat