Google sah melabur USD2 bilion di Malaysia, buka 26,500 peluang kerja – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Google mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak USD2 bilion bagi menyokong agenda kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik satu lagi pengumuman pelaburan langsung asing ke Malaysia.

“Hari ini, Google iaitu sebuah syarikat teknologi utama dunia mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak USD2 bilion bagi menyokong agenda kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara.

“Pelaburan ini dijangka akan membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar USD3.2 bilion dan pewujudan sebanyak 26,500 pekerjaan menjelang tahun 2030,” kata Anwar.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaburan terkait pusat data yang pertama bagi Google di Malaysia dan pembangunan rantau Google Cloud ini adalah bukti bahawa perencanaan kerajaan yang jelas selain kekuatan ekonomi dan sumber negara menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur sedia ada dan baharu.

“Nescaya, ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital.

“Dalam pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei yang lalu, saya telah tekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian.

“Ini penting bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan kemahiran dan pendekatan berteraskan teknologi terkini,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat