Pembinaan Litar Drag Harus Diteruskan – Ismail Sabri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri ke sembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media hari ini berkata, beliau mengambil maklum akan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 29 Mei 2023 mengenai
keputusan Kerajaan untuk tidak meneruskan pembinaan litar perlumbaan
drag di setiap negeri.

Menurutnya, walaupun Belanjawan 2023 telah dibentangkan tetapi tidak
sempat dibahas dan diluluskan ketika pentadbiran Kerajaan Keluarga
Malaysia, namun dari segi kepentingan dan memenuhi aspirasi anak muda
peruntukkan sebanyak RM20 juta itu perlu diteruskan.

Tambahnya lagi, sekiranya peruntukan tersebut tidak mencukupi seperti yang disebut oleh
Menteri Belia dan Sukan, jumlah tersebut boleh ditambah pada tahun
berikutnya sehingga litar drag ini dapat dibina seluruh negeri.

Peruntukan sebanyak RM20 juta itu jelasnya, memadai sebagai dana awal
melaksanakan program ini.
Pihak Kerajaan tambah beliau lagi, seharusnya melihat secara mendalam tujuan sebenar
pembinaan litar drag ini dan bukannya mengambil keputusan untuk tidak
meneruskannya dengan memberikan pelbagai alasan.

“Tujuan utama pembinaan litar drag ini adalah untuk menghindarkan
golongan muda daripada terlibat dengan budaya tidak sihat seperti
perlumbaan haram, samseng jalanan dan melepak dengan menyediakan
tempat untuk mereka beriadah”, katanya seperti dipetik dalam kenyataan media tersebut.

“Saya mempunyai keyakinan tinggi bahawa pembinaan litar drag mempunyai
impak yang besar dalam menarik lebih ramai tenaga pengajar profesional
untuk melatih dan melahirkan bakat baharu tempatan yang mampu bersaing
di peringkat antarabangsa”.

Sukan permotoran katanya lagi mempunyai minat yang tinggi dalam kalangan belia dan ia jelas kelihatan sewaktu beliau menghadiri Program RXZ Members 4.0 di Gong Badak pada tahun lepas dengan kehadiran puluhan ribu anak muda dari seluruh negara. Ini menunjukkan sukan permotoran mempunyai potensi yang baik.

“Saya juga berpendapat adalah ideal jika pembinaan litar drag ini dapat
dilaksanakan di setiap daerah agar program ini dapat melibatkan seluruh
belia termasuk mereka yang tinggal di luar bandar dan kawasan pedalaman.”

Di akhir kenyataan media tersebut, beliau berharap Menteri Belia dan Sukan dapat turun padang dan melihat
sendiri bagaimana litar drag sedia ada bagi mendapatkan gambaran jelas
mengenai sukan permotoran ini.

Ini jelas beliau merupakan tanggungjawab bersama oleh semua pihak terutama KBS agar belia negara terus terpelihara daripada penyakit sosial yang semakin membimbangkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat