Taktik sindiket guna gudang tinggal simpan diesel subsidi lumpuh

- Advertisement -

KUANTAN – Unit penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya melumpuhkan sindiket penyeludup minyak diesel bersubdisi hasil serbuan di kawasan perindustrian Indera Mahkota 14, dekat sini, hari ini.

Sindiket itu dipercayai menggunakan gudang lama bagi mengaburi kegiatan mereka sejak awal tahun ini.

Ketua Penguat kuasa KPDN Pahang, Muhamad Radzi Johari berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan hampir seminggu oleh pihaknya.

“Serbuan itu dilakukan kira-kira jam 11 pagi semalam dan kita berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai bekerja di kilang berkenaan.

“Seorang daripada suspek adalah lelaki warga Rohingya, manakala dua lagi adalah warga tempatan.

“Kita juga merampas tiga kepala lori jenis ‘prime mover’ dan menyita dua tangki berisi 16,000 liter diesel dipercayai bersubdisi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Radzi berkata, pihaknya juga berjaya merampas satu buah treler tangki minyak dan tiga set pam digunakan untuk pemindahan minyak dari tangki lori ke tangki simpanan.

Katanya, rampasan itu dianggarkan bernilai RM454,400.

“Siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Radzi memaklumkan KPDN Pahang sudah memeriksa 571 premis di seluruh negeri ini bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

“Pemeriksaan itu dijalankan melalui Ops Tiris dan sejak Mac lalu, KPDN Pahang berjaya menyita diesel bersubdisi berjumlah RM792,944,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat