Rafizi politikus berbakat, Khairy ucap tahniah

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ‘gembira’ dengan kemenangan Rafizi Ramli yang kini diangkat menjadi ‘orang nombor dua’ dalam PKR.

Meskipun berbeza parti dan ‘musuh’ dalam politik namun, ikatan persahabatan antara Khairy dan Rafizi kekal utuh.

Dalam hantaran di Instagramnya, Khairy menitipkan ucapan tahniah kepada Rafizi yang dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Tahniah Rafizi menang Timbalan Presiden PKR, selamat kembali aktif dalam arena politik.

“Saya selalu kata, kamu (Rafizi) adalah ahli politik paling berbakat dalam generasi kita. Saya doakan yang terbaik untuk kamu meskipun kita parti lawan,” ucap Khairy sambil berkongsi gambar mereka berdua.

Sempat berseloroh, Khairy meminta maaf kepada Rafizi kerana berkongsi ‘gambar lama’ memandangkan kini Rafizi telah kurus.

Topik Hangat

-- Advertisment--

Berita Berkaitan

Hadi ibarat cicak politik, keluarkan fatwa-fatwa gila

KUALA LUMPUR - Ketua Koordinator Komunikasi Barisan Nasional (BN), Mohd Shafiq Fhadly Mahmud menyamakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai 'cicak politik'. Dakwaan...

Sedia dipecat Umno, Haslihelmy mahu jadi calon bebas Pelangai

KUALA LUMPUR- Ahli perniagaan, Haslihelmy DM Zulhasli, sedia bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sebagai calon Bebas walaupun berdepan...

Amizar anak Felda harapan sekat gelombang hijau

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai perlu menjadi permulaan menyekat 'gelombang hijau' Perikatan Nasional (PN) sebagaimana yang berlaku...