Rafizi menang, tekanan supaya Anwar bersara awal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kemenangan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR dikatakan amat mengejutkan malah ia didakwa penolakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi berkata, kemenangan Rafizi mengisi posisi orang nombor dua dalam PKR itu salah satu bentuk tekanan supaya Anwar bersara awal daripada terus menerajui PKR.

“Kemenangan besar Rafizi amat mengejutkan . Ia penolakan terhadap Anwar, ia juga tekanan kepada Anwar supaya bersara awal.

“Pengaruh Anwar merosot luar dan dalam,” dakwa Puad.

ADUN Rengit itu juga berkata, majoriti ahli PKR memberi signal , Anwar bukan lagi poster boy atau calon Perdana Menteri yang boleh diharap.

Apatah lagi katanya, ramai pemimpin pro Anwar tewas di peringkat cabang.

“(Datuk Seri) Saifuddin ada substance. Tetapi kesetiaan pada parti ketika susah dan senang tidak dapat membantunya untuk menang.

“Putar alam macam Rafizi lebih diterima,” dakwa Puad.

Dalam pada itu, beliau juga menyebut bahawa tiada jaminan PKR adalah parti reformasi.

“Gandingan baru Anwar-Rafizi mengekalkan PKR sebagai parti retorik.

“Kedua-duanya pakar persepsi. Mereka berdua memang sebati,” bidas Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat