Mahathir Ibarat Manusia Hilang Pedoman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii kesal dengan tindakan veteran politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara berterusan mahu menggugat kestabilan kerajaan dan negara hari ini.

Razlan merujuk kepada siri serangan Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Presiden Bersatu itu mengembalikan semula kerusi Perdana Menteri kepadanya.

“Saya merujuk kepada tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam, dalam sidang media di mana beliau secara jelas mengingatkan akan mengambil tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.

“Pada 7 May 2020, Tun M telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perkara ini dilakukan untuk menggugat kestabilan kerajaan, mewujudkan pergaduhan dan pertelingkahan di antara pemimpin politik dan akhirnya menggulingkan kerajaan Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Razlan, tindakan Mahathir yang mahu menyingkirkan Muhyiddin itu, jelas menunjukkan demi kepentingan politik beliau sendiri, meskipun pada Febuari lepas, beliau sendiri yang ‘menjatuhkan’ kerajaannya dengan perletakan jawatan Perdana Menteri yang dibuatnya ketika itu.

Begitu juga ketika Mahathir meletak jawatan tertingginya dalam parti sebagai Pengerusi ketika itu, tambah Razlan Mahathir kini hanya seorang Ahli Parlimen biasa yang tiada jawatan dalam kerajaan mahupun parti.

“Namun, sekarang Tun M seperti manusia yang sudah hilang pedoman. Beliau dengan sedaya upaya mahu menggulingkan Perdana Menteri dan memecat Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu.

“Adakah menggulingkan Perdana Menteri dan memecat Muhyiddin sebagai Pengerusi parti merupakan satu tindakan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat? Sudah tentunya tidak. Mereka yang untung atas tindakan Tun M adalah tetap anak – anaknya juga, kroni serta parti DAP & PKR, kata Razlan.

Razlan turut mengingatkan Mahathir bahawa politik tanah air bukan semata-mata untuk kelangsungan kpeentingan anak-anak dan kroni kepada bekas Perdana Menteri dua kali itu, lebih-lebih lagi ketika negara dalam keadaan getir ketika ini – berhadapan dengan ketidakstabilan ekonomi dunia, pandemik Covid-19 dan sebagainya.

Bercakap mengenai peluang Mahathir untuk jadi Perdana Menteri kali ketiga, Razlan berkata peluang Mahathhir ketika ini hampir tiada.

Ia berikutan rakaman audio yang tersebar sebelum ini secara jelas, Mahathir menolak parti sekutunya sendiri iaitu PKR dan DAP malah, ketua pembangkang pada hari ini juga disandang oleh Anwar Ibrahim, bukan Mahathir. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat