Pengampunan Najib: Hormati Keputusan Agong – AMANAH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menyerahkan  kepada Yang di-Pertuan Agong  berhubung pengampunan diraja kepada bekas Perdana Menteri ke-6 Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Menurut Mohamad, setiap individu mempunyai kebebasan untuk memberikan pandangan sebagaimana hak yang diberikan dalam perlembagaan

Namun dalam konteks organisasi, pandangan individu tidak mewakili organisasi atau parti melainkan ianya adalah keputusan rasmi parti tersebut yang diputuskan dalam mesyuarat parti, jelasnya lagi.

“Setiap individu mempunyai kebebasan untuk memberikan pandangan sebagaimana hak yang diberikan dalam perlembagaan. Namun dalam konteks organisasi, pandangan individu tidak mewakili organisasi atau parti melainkan ianya adalah keputusan rasmi parti tersebut yang diputuskan dalam mesyuarat parti.

“Parti Amanah Negara (AMANAH), PKR atau DAP yang bergabung di dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tertakluk kepada keputusan Pakatan Harapan yang perlu diutamakan jika bercanggah dengan keputusan parti. Begitu juga dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini, keputusan di peringkat gabungan kerajaan Perpaduan mengatasi keputusan parti-parti atau pakatan politik masing-masing dan ianya perlu diutamakan.

“Pemimpin AMANAH berhak menyuarakan pandangan, tetapi mereka terikat dengan keputusan parti. Inilah ‘normal practice’ dalam mana-mana organisasi.” katanya menerusi satu kenyataan media, pada Ahad.

Ujar Mohamad lagi, dalam kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri ke 6 Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong. Maka semua pihak perlu menghormati sebarang keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Walaubagaimanapun, semua pihak yang menyuarakan pandangan dalam isu ini sayang kepada Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Perpaduan perlu memberi fokus kepada khidmat kepada rakyat.

May be an image of text

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Amanah yang juga bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menerusi satu kenyataan berkata, pengampunan untuk Najib akan menghantar mesej sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga seluruh dunia berhubung sikap serta pendirian terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

Khalid juga memaklumkan UMNO Kelantan perlu menghormati pendirian berbeza Amanah yang membantah pengampunan diraja  kepada bekas perdana menteri itu.

Susulan kenyataan media Khalid Samad itu, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman menggesa bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu memohon maaf atau berdepan penarikan balik kerjasama antara Amanah dengan UMNO di Kelantan.-SUARATV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat