Kena Tahan Sebab ‘Sayang Awok’

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang penunggang motosikal ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran mengelirukan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, awal pagi tadi.

Suspek dikatakan menggunakan nombor pendaftaran ‘Sayang Awok’ pada motosikal ditunggangnya.

Dia antara yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Pencegahan Trafik (BSPT) daerah Kuantan antara jam 1 hingga 5 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan BSPT Kuantan melalui satu hantaran di laman sosial Facebook rasmi mereka,hari ini.

Operasi itu dilakukan oleh seorang pegawai bersama tujuh anggota dari BSPT daerah Kuantan.

“Tangkapan pertama dilakukan terhadap seorang lelaki bersama sebuah motosikal kerana melakukan aksi mengangkat tayar hadapan di Jalan Tanah Putih, dekat bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Seorang lagi ditahan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan (dekat Bukit Rangin) selepas didapati menggunakan nombor pendaftaran belakang dengan perkataan ‘Sayang Awok’ dan keduanya dibawa ke balai polis trafik Kuantan untuk siasatan lanjut.

“Kita pun ‘Sayang awok jugok’ dan ibu bapa atau penjaga mohon pantau anak- anak agar tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit ini,” kata mereka melalui hantaran itu.

Suspek pertama disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala suspek kedua pula disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987/Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat