Nama Shahidan tiada dalam senarai calon PAS Selangor

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pas Selangor sudah mengenal pasti calon yang akan diletakkan di kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Setakat ini, calon yang disenarai pendek Pas Selangor adalah dalam kalangan anak jati negeri ini sahaja.

Kata Roslan lagi, nama Datuk Seri Shahidan Kassim tiada dalam senarai pendek calon Pas Selangor dab setakat ini tiada perbincangan di peringkat negeri untuk meletakkan Shahidan sebagai calon Pas di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Setakat ini, calon yang disenarai pendek Pas Selangor adalah dalam kalangan anak jati negeri ini sahaja. Tiada perbincangan untuk meletakkan Datuk Seri Shahidan.

“Bagaimanapun, di peringkat pusat kami tidak tahu jika ada cadangan untuk meletakkan beliau sebagai calon di mana-mana kerusi DUN untuk PRN akan datang,” katanya memetik laporan Utusan.

Roslan Shahir berkata, berdasarkan kenyataan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu, Shahidan hanya menawarkan diri untuk bertanding jika diperlukan untuk membantu pada pilihan raya tersebut bukannya mengumumkan akan bertanding.­

“Beliau hanya menawarkan diri untuk diletakkan sebagai calon, tapi jika (Pas) pusat berpandangan bahawa Datuk Seri Shahidan boleh membantu menawan Selangor kami tiada masalah untuk memberi sokongan,” katanya.

Dalam pada itu, Roslan Shahir turut memaklumkan bahawa pembahagian kerusi DUN di Selangor antara Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan sudah hampir selesai.

“Ada dua atau tiga kerusi belum dimuktamadkan. Kami bersepakat menyerahkan keputusan kepada Pas pusat untuk menyelesaikannya.

“Apabila pembahagian kerusi selesai barulah proses memperkenalkan calon dibuat setelah senarai calon tersebut mendapat ‘green light’ daripada kepimpinan tertinggi,” katanya

Shahidan yang namanya digugurkan daripada senarai calon Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu membuat kejutan apabila bertanding menggunakan tiket Pas di Parlimen Arau.

Semalam, Ahli Parlimen Arau itu sekali lagi membuat kejutan apabila menyatakan hasrat bertanding pada PRN Selangor yang diwar-warkan diletakkan sebagai calon di DUN Semenyih.

“Kalau (pucuk pimpinan) PN memerlukan saya bertanding, saya akan lawan, tetapi PN mesti kuasai semua negeri ini (Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan) dan jika sumbangan saya dapat mewujudkan gelombang ‘dahsyat’, apa salahnya?

“Namun begitu, sekiranya saya bertanding, bukan niat saya hendak pegang jawatan, tetapi hendak pastikan PN menang, terus-terang saya katakan saya tak perlu berebut jawatan dengan sesiapa kerana satu ketika, saya sendiri pernah menjadi pemimpin besar,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat