Khalid perlu bezakan pendapat peribadi, jumpa saya sendiri – Zahid

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad agar dapat membezakan pendapat peribadi dengan pendirian parti.

Melalui kenyataan Khalid sebelum ini supaya Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Zahid berkata, beliau harus belajar menghormati rakan-rakan parti lain dalam komponen Kerajaan Perpaduan.

“Jangan mempunyai tangapan bahawa seolah olah beliau sebagai individu, berada di dalam kepompong pemikiran pembangkang, lupakan soal perbezaan ini.

“Jumpa dengan saya sendiri untuk mendapatkan pengesahkan bagaimana pendirian parti saya, Umno terhadap isu yang dibangkitkan jangan hanya membaca apa yang tersurat, lihat apa tersirat,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri & Menteri KKDW di Kompleks Seri Satria, hari ini.

Beliau memberitahu pihaknya juga terbuka untuk mengadakan perbincangan bersama kepimpinan tertinggi parti Amanah.

“Saya menyantuni perbedaan pendapat diantara individu yang pada hemat saya apabila saya mengadakan perbincangan dengan kepimpinan atasan parti itu (Amanah) mereka berpendapat bahawa pendapat itu adalah pendapat peribadi dan itu bukan pendirian parti.

“Ini penting supaya kita dalam 19 parti pelbagai dalam kerajaan perpaduan dapat menunjukan keharmonian dan jangan pernah bercakap dari titik perbezaan.

“Kita hendak mencari titik persamaan dan ini adalah terbaik supaya optik dan naratif diwujudkan ini dapat memberi gambaran baik kepada rakyat keseluruhannya.

Dalam pada itu apabila ditanya mengenai kenyataan Umno Kelantan yang mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan parti Amanah di negeri itu, Zahid berkata Umno akan menyelesaikan masalah ini dengan harmoni.

“Saya telah bertemu dengan, pengerusi dan timbalan pengerusi Umno Kelantan, dimana reaksi itu timbul kerana mereka merasakan bahawa ada jawapan yang perlu diberikan dan mereka juga mewakili parti namun saya memberi tahu agar kita selesaikan dengan cara baik dan tak ada lagi isu dikeluarkan mana mana pihak dan kita harmonikan keadaan ini semula.

Sebelum ini Amanah dilaporkan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya Khalid berpendirian, hanya dengan cara itu sahaja nama baik negara dan komitmen untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat dijaga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat