Doktor Hospital Kerajaan Antara Enam Ditahan Edar Dadah

- Advertisement -

PETALING JAYA: Seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital kerajaan antara enam ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kesemua enam suspek berusia antara 26 hingga 30 tahun.

Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui 11 peket plastik lutsinar berisi ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja bernilai RM4,900 serta wang tunai sebanyak RM1,450.

Polis turut merampas empat buah kereta dan sebuah motosikal bernilai RM139,500.

Ujian saringan awal mendapati lima suspek positif dadah.

Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya percaya ganja yang dirampas tersebut boleh dibekalkan kepada kira-kira 1,913 orang penagih.

Hasil semakan juga mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat