Polis Nafi Dakwaan Video Tular Babitkan A.Ganapathy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular baru-baru ini melibatkan mendiang A. Ganapathy.

Ganapathy, 40, merupakan bekas tahanan yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang selepas lebih sebulan mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Tegasnya, tindakan mengikut lunas undang-undang akan diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kesahihan dan lokasi kejadian yang terpapar di dalam video tular tersebut sedang disiasat.

Mengulas lanjut, orang ramai dinasihatkan menghentikan penyebaran video klip tersebut serta mengaitkannya dengan kes Ganapathy yang masih dalam siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video berdurasi 45 saat yang memaparkan beberapa individu memukul, merotan dan menendang dua lelaki di sebuah bilik.

Terdapat segelintir pihak mendakwa video tersebut merupakan rakaman kejadian melibatkan mendiang Ganapathy yang sebelum ini didakwa dipukul sewaktu berada di dalam tahanan polis sehingga mengakibatkan kematiannya selepas lebih sebulan mendapatkan rawatan di hospital.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,562FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat