Will Smith mohon maaf dengan Chris Rock

- Advertisement -

Los Angeles: Will Smith membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon dan pelawak, Chris Rock Susulan insiden dia menampar pelawak itu di pentas Academy Awards atau Oscars, semalam.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda. Saya berada di luar batasan dan saya salah. Saya malu dan tindakan saya. Ia tidak menunjukkan saya seperti seorang lelaki yang saya mahukan,” tulis pelakon dan penerbit itu yang turut diumum Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard di Instagram.

Permintaan maaf itu dibuat selepas Academy of Motion Pictures, badan yang menganugerahkan Oscar melancarkan tinjauan rasmi mengenai insiden mengejutkan itu apabila Smith melempang pelawak berkenaan kerana bergurau mengenai kepala botak isteri Smith, Jada Pinkett Smith.

“Keganasan dalam semua bentuknya adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tingkah laku saya pada majlis anugerah ini tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

“Lawak adalah sebahagian daripada kerja, tetapi gurauan mengenai keadaan kesihatan Jada terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas secara emosi,” kata Smith.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat