Bunkface ‘bawa’ Korang

- Advertisement -

SEBUT saja nama Bunkface, pasti banyak lagu popular mereka yang hingga kini sebati dan meletak di minda pendengar. Malah, lagu seperti Malam Ini Kita Punya dan Darah Muda sudah tentu bertakhta di hati kebanyakan peminat kumpulan dianggotai tiga pemuda itu.

Kini, kumpulan popular berkenaan tampil lagi bagi melancarkan single terbaharu mereka berjudul Korang yang dedikasikan untuk peminat dan sahabat rapat yang banyak menyokong selama ini.

Vokalisnya Sam berkata, lagu Korang menceritakan mengenai permulaan perjalanan Bunkface sebagai sebuah band yang bergerak secara ‘independent’.

“Kami sangat menghargai pengalaman yang dilalui bersama-sama dengan peminat dan sahabat rapat di sekeliling kami yang tidak pernah putus berdiri teguh di belakang Bunkface.

“Selain itu, lagu Korang juga menceritakan mengenai asal usul perjalanan kami. Jika ditanya mesej terbesarnya, walau setinggi mana pun kejayaan yang kita capai, jangan sesekali lupa asal usul, sahabat dan orang di sekeliling yang menyokong kita ketika masih tidak memiliki apa-apa lagi.

“Lagu ini adalah untuk anda (peminat) semua. Bagi kami, semua orang ada memori, semua orang ada hati, semua orang ada orang tersayang, semua orang ada ‘korang’,” katanya.

Tidak seperti kebanyakan lagu-lagu kumpulan Bunkface sebelum ini, Sam turut berkongsi penghasilan karya baharunya itu bersama penulis lain seperti Epul Kuat, Izzy Musa dan Shahir termasuk dua anggota kumpulan Bunkface sendiri iaitu Youk dan Paan.

 

LAGU Korang cukup istimewa daripada Bunkface.
LAGU Korang cukup istimewa daripada Bunkface.

 

Ditanya juga mengenai tempoh menyiapkan lagu Korang, Sam berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira enam bulan untuk karya itu diterjemahkan sebagai sebuah lagu pada tahun ini.

“Lagu Korang ini sebenarnya sudah mula dicipta sekitar tahun lalu, tetapi proses rakaman untuk menyiapkannya mengambil masa lebih kurang enam bulan.

“Cabaran kali ini adalah untuk mencari susunan muzik dan bunyi yang betul-betul sesuai dengan lagu Korang,” katanya.

Dilihat sebagai sebuah band yang tidak berhenti mengeluarkan lagu baharu buat peminat saban tahun, Sam menjelaskan, Bunkface adalah sebuah kumpulan yang bergerak aktif dalam muzik sepenuh masa.

“Bunkface adalah band bergerak aktif sepenuh masa. Kami bukan seperti sesetengah band lain yang hanya menjadikan karier sebuah band itu sebagai ‘side project’.

“Selagi kami boleh begerak atas nama Bunkface, selagi itulah akan terus aktif dalam muzik dan karya utama kami adalah lagu-lagu dihasilkan. Untuk terus kekal relevan itu, terpulang juga kepada peminat dan pendengar untuk menilai karya kami. Bunkface akan terus berkarya sebaik mungkin selagi kami mampu, insha-Allah,”katanya.

Lagu Korang sudah dilancarkan pada 16 Mac lalu di seluruh platform digital rasmi Bunkface.

Muzik video rasmi lagu Korang juga sudah dilancarkan pada 18 Mac lalu di saluran YouTube rasmi Bunkface.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat