Buka Sempadan Malaysia-Singapura: Tak Perlu Bayar Tol Seminggu – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sempena pembukaan semula sempadan antara Malaysia dan Singapura, Perdana Menteri mengumumkan berita baik iaitu pengecualian bayaran tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang selama seminggu.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pengecualian bayaran tol ini melibatkan semua jenis kenderaan selama 7 hari, bermula 1 April sehingga 7 April 2022.

Kata beliau, ia adalah selaras dengan pendekatan untuk memudahcara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura.

“Pengecualian ini adalah untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ dan ‘Smart Tag’.

“Bermula 1 April 2022, Malaysia dan Singapura akan membenarkan semua pengembara yang telah lengkap divaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

“Sempena pembukaan semula sempadan laluan darat ini, Kerajaan bersetuju memberikan pengecualian bayaran tol di plaza-plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Perdana Menteri menjelaskan, pemberian pengecualian bayaran tol ini melibatkan perjalanan masuk dan keluar menerusi kedua-dua plaza tol yang terlibat sepanjang tempoh tersebut.

Ujar beliau, keputusan ini turut mengambil kira penutupan sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu dan bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol tersebut dengan pembukaan sempadan laluan darat ini.

“Pengecualian ini adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi,” kata Ismail Sabri.

Tambah beliau lagi, PLUS menganggarkan sekurang-kurangnya 42,000 kenderaan akan memasuki Malaysia menerusi Tambak Johor dan Linkedua setiap hari.

“Keputusan pelepasan tol ini akan memanfaatkan lebih 300,000 perjalanan rentas sempadan MalaysiaSingapura bagi pemilik-pemilik kenderaan.

“Oleh itu, pihak PLUS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor serta kementerian dan agensi yang berkaitan juga sedang giat mengadakan persiapan terakhir bagi memastikan perjalanan yang lancar di lebuh raya bersempena dengan pembukaan semula ini.

“Ia juga termasuk persiapan di plaza-plaza tol, kawasan-kawasan rehat dan semua kemudahan awam yang disediakan di Lebuhraya PLUS.

“Kerajaan mengalu-alukan kepulangan rakyat Malaysia di Singapura dan ketibaan rakyat Singapura ke Malaysia dengan pembukaan semula sempadan negara ini,” ucap Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat