Bantu Kembangkan Perniagaan PMKS, Kerajaan Tanggung Yuran Penyertaan Ekspo Dubai – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah memberi komitmen dan peluang kepada 400 syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan menanggung kos yuran penyertaan ke Ekspo Dubai 2020.

” Ini adalah peluang bagi mereka mengembangkan perniagaan dan meneroka peluang-peluang baharu di luar negara.

“Untuk makluman, kerajaan menanggung kos yuran penyertaan semua PMKS ini di Ekspo 2020 Dubai, mereka hanya perlu membayar kos penginapan dan tiket kapal tebang sahaja.

“Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu, menyokong dan memperkasa PMKS.

“Ini adalah peluang bagi mereka mengembangkan perniagaan dan meneroka peluang-peluang baharu di luar negara.

“Saya mahu lebih banyak PMKS dapat melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa yang mana boleh membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, seterusnya meningkatkan taraf hidup Keluarga Malaysia,” katanya, semasa berucap di Majlis Apresiasi (Ekspo 2020 Dubai) hari ini.

Perdana Menteri turut berkongsi berita gembira pencapaian membanggakan apabila Pavilion Malaysia sejak bermulanya penganjuran Ekspo 2020 Dubai sehingga semalam
telah menerima 1.1 juta pengunjung.

Menurut beliau lagi, Malaysia juga telah mencapai melebihi sasaran potensi nilai perdagangan, pelaburan dan business leads berjumlah RM70 bilion secara keseluruhan bagi 26 program mingguan di Ekspo 2020 Dubai.

“Nilai ini telah diperolehi melalui 131 Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian, dan pertanyaan perniagaan melibatkan sejumlah 4,558 mesyuarat, termasuk potensi padanan perniagaan (business matching),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat