‘Saya Tidak Akan Makan Katak Walaupun Masak Tiga Rasa’ Sindir Zahid

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyindir segelintir ahli politik yang melompat parti dengan berkongsi cerita mengenai harga katak yang mahal di pasaran sejak tahun lepas.

Sindirnya, “Harga katak sudah mahal woii, sudah cecah RM15 sekilogram”.

“Saya rasa tertarik nak berkongsi berkenaan kisah seorang pemancing yang merungut harga katak mahal. “Harga katak sudah mahal woiii. Sudah cecah RM15 sekilogram”.

“Mungkin sebab itu semakin banyak katak di pasaran sejak tahun lalu,” tulis Zahid di laman Facebooknya.

Kata Zahid, menurut laporan Utusan Malaysia menyebut Malaysia menghasilkan 1,775,847 ekor katak pada 2020 dan bertambah 39,247 ekor daripada 1,736,600 ekor pada 2019.

“Tapi kena faham. Ini bukan katak liar. Ini katak belaan. Katak yang diternak tauke tertentu.

“Mungkin ramai tidak tahu bagaimana katak ternakan ada nilai jual beli di pasaran?” soalnya.

Ujarnya lagi, banyak kegunaan katak. Selain daripada melompat-lompat, katak dibeli untuk tujuan pancing. Ada kaki pancing menggunakan katak sebagai umpan untuk menangkap ikan. Katak hidup dikatakan lebih efektif berbanding katak tiruan untuk memperdaya ikan.

“Katak turut dijadikan sebagai sumber makanan eksotik oleh golongan tertentu.

“Walaupun saya kaki pancing, tetapi saya tidak pernah gunakan katak sebagai umpan.

“Sebab ada orang kata berdosa dan saya juga tidak akan makan katak walaupun masak tiga rasa,”katanya lagi.

Zahid juga menegaskan, bagi orang beragama Islam, makan haiwan dua alam adalah haram ternasuk katak dan labi-labi. –SuaraTV

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...