Salina masuk pawagam selepas dua kali ditangguh

KUALA LUMPUR: Dengan kos pembikinan lebih RM1 juta habis dibelanjakan dan pelbagai halangan terpaksa dihadapi berikutan penularan COVID-19, apa lagi yang dimahukan penerbit filem Salina selain melihat karya itu dipertontonkan kepada khalayak.

Akhirnya, selepas dua kali ditangguhkan, filem ‘psycho thriller’, Salina ditayangkan di pawagam, sekali gus menjadi filem tempatan pertama dipertontonkan selepas panggung wayang dibenarkan beroperasi semula, sejak 5 Mac lalu.

Filem arahan Raja Mukhriz yang diterbitkan Madness Films Sdn Bhd mula ditayangkan, Khamis lalu.

Penerbit Shafirulnizam Haron berkata, pihaknya berserah dan tawakal menayangkan filem yang ditunjangi Pekin Ibrahim dan isterinya, Mona Allen pada era pandemik COVID-19.

“Filem ini menjadi naskhah pertama diluluskan Skim Wajib Tayang untuk dipertontonkan. Selesai dibikin pada Ogos 2019, kita pada mulanya merancang menayangkan filem ini pada Julai tahun lalu.

“Namun, akhirnya tarikh dianjak kepada 5 November lalu sehinggalah bertukar lagi kepada 25 Mac lalu. Bagaimanapun, kita optimis ramai penonton mahu ke pawagam kerana rindukan momen menonton wayang,” katanya.

Shafirulnizam mengaku ada hikmahnya menunda tayangan Salina kepada tarikh baharu.

“Dengan penangguhan itu, kita boleh menambah baik kelemahan dan kekurangan Salina. Ini termasuk menyunting bahagian atau babak filem yang dirasakan tidak perlu.

“Namun, kami bersyukur tidak banyak babak dipotong Lembaga Penapisan Filem (LPF),” katanya ditemui pada sesi pratonton filem itu di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

 

Selepas dua kali ditangguhkan, filem ‘psycho thriller’, Salina ditayangkan di pawagam, sekali gus menjadi filem tempatan pertama dipertontonkan selepas panggung wayang beroperasi semula. - Foto Madness Films
Selepas dua kali ditangguhkan, filem ‘psycho thriller’, Salina ditayangkan di pawagam, sekali gus menjadi filem tempatan pertama dipertontonkan selepas panggung wayang beroperasi semula. – Foto Madness Films

 

Shafirulnizam berkata, keputusan memasarkan filem itu di pawagam dilakukan selepas menimbang banyak aspek.

“Saya buat penelitian dengan melihat senario di luar negara selepas tempoh perintah berkurung dan pawagam beroperasi semula.

“Ternyata ramai penonton mengambil kesempatan untuk pergi ke pawagam,” katanya.

Shafirulnizam berkata, Salina bersaing dengan filem antarabangsa, Godzilla vs Kong buat masa ini.

“Andai saya berkira-kira mahu menayangkan Salina selepas Aidilfitri, saingan filem antarabangsa akan menjadi lebih sengit.

“Antara filem besar dari luar negara yang dijadual mengisi slot tayangan adalah Fast & Furious 9, Black Widow dan No Time To Die. Jadi, lebih baiklah tayang sekarang,” katanya.

 

Mona Allen membawa watak Salina yang mencabar dan di luar kotak fikiran. - Foto Madness Films
Mona Allen membawa watak Salina yang mencabar dan di luar kotak fikiran. – Foto Madness Films

 

Sementara itu, Mona mengaku teruja dengan filem seram pertama yang mengetengahkan dirinya sebagai watak utama bernama Salina.

“Saya berbangga dengan filem seram pertama ini. Saya melakukannya dengan sebaik mungkin. Lagipun, saya bekerja bersama suami, Pekin Ibrahim dan rakan pelakon yang dikenali, tentunya memudahkan kerja.

“Salina adalah watak yang paling susah pernah dibawa, apatah lagi ia adalah karakter penggerak cerita. Bagaimanapun, saya suka watak yang mencabar dalam lakonan kerana ia juga cabaran baru buat saya.

“Watak Salina di luar kotak fikiran dan menguji kemampuan saya dalam bidang lakonan,” katanya.

Selain Mona dan Pekin, filem Salina turut dibintangi Dewi Amanda, Alicia Amin, Angelin Tan, Aleeza Kassim, Raja Azura, Badrul Muhayat, Kenji Sawahi dan ramai lagi.

Pada awalnya, filem Salina menggunakan judul Rumah Cikgu Salina. Kisah berkisar misteri yang berlaku di banglo didiami Salina yang sering mengalami gangguan. Kejadian lebih menakutkan apabila berlaku kematian yang tidak dijangka.

Berita Harian

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Ejen Ali The Movie ke Brazil

uala Lumpur: Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie terus mencipta kejayaan apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021,...

Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000

Pernahkah anda mahu membeli sesuatu barangan, tetapi anda diminta bayar ‘wang pendahuluan’ atau ‘deposit’ terlebih dahulu oleh pihak kedai supaya anda dapat ‘lock’ barangan...

Ramlah Ram belum terbuka hati nak sertai Gegar Vaganza

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV). Ramlah berkata, dia bukan menolak...