Kelawar Mungkin Punca Corona Virus – WHO

GENEVA: Pasukan pakar antarabangsa yang ke Wuhan Januari lalu memutuskan besar kemungkinan COVID-19 merebak ke manusia daripada kelawar melalui haiwan perantara.

Ia juga menolak berlakunya kebocoran virus dari makmal.

Kesimpulan itu disifatkan sebagai di tahap ‘mungkin hingga sangat mungkin’, manakala teori yang mana virus terbabit terlepas dari makmal disifatkan sebagai ‘kemungkinan besar tidak terjadi’ menurut laporan yang sudah lama dinanti-nantikan itu, yang diperoleh AFP, semalam.

Laporan daripada misi antarabangsa ke Wuhan itu sudah lama dinanti-nantikan sejak pasukan pakar berkenaan meninggalkan China lebih sebulan lalu.

Kelambatan dalam penerbitan penemuan itu, yang dihasilkan dengan kerjasama rakan kerja mereka di China, dikatakan berpunca daripada masalah penterjemahan dan penyelarasan, meskipun timbul ketegangan diplomatik mengenai isi kandungan laporan terbabit.

Dalam satu sidang media di Wuhan pada 9 Februari, pakar dan rakan kerja mereka di China menegaskan masih belum dapat merungkaikan sepenuhnya asal usul virus COVID-19.

Namun, pakar percaya virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan penyakit COVID-19 berpunca daripada kelawar.

Satu daripada teori ialah virus terbabit merebak langsung daripada kelawar kepada manusia.

Laporan terakhir berkenaan menetapkan senario terbabit sebagai sesuatu yang ‘mungkin’ berlaku.

Ia juga mendapati senario yang lebih dipercayai boleh berlaku ialah virus terbabit merebak daripada kelawar ke haiwan lain yang kemudiannya menjangkiti manusia.

“Meskipun virus yang paling berkait rapat ditemui dalam kelawar, jarak perubahan yang dilalui virus ini dan SARS-CoV-2 dianggarkan mengambil tempoh lama, lantas mencadangkan ada kaitan yang hilang,” menurut laporan itu.

“Senario termasuk virus itu merebak menerusi haiwan lain dianggap berada pada paras kemungkinan hingga kemungkinan besar,” menurut laporan terbabit, walaupun ia tidak menyatakan haiwan mana yang membolehkan virus itu merebak ke manusia.

Namun, laporan itu tidak menolak kemungkinan penularan virus berlaku menerusi daging beku – teori kegemaran Beijing.

Ini memandangkan virus itu didapati dapat bertahan dalam suhu amat sejuk, lantas ‘penularan menerusi produk rantaian makanan atau produk sejuk dianggap satu kemungkinan’.

Akhir sekali, laporan terbabit mengkaji kemungkinan berlaku kebocoran dari makmal, misalnya, Institut Virologi Wuhan – satu teori yang disokong oleh pentadbiran bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Ia menarik perhatian kepada hakikat bahawa tidak wujud dalam catatan sebarang virus yang serupa dengan SARS-CoV-2 di mana-mana makmal sebelum Disember 2019, dan menekankan kadar keselamatan tinggi di makmal-makmal Wuhan.

“Punca pandemik dari makmal dianggap kemungkinan besar tidak terjadi,” menurut laporan terbabit.

-Berita Harian / AFP

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

Microsoft memberi komitmen untuk melabur RM4 bilion di Malaysia. Microsoft bakal wujudkan pusat data di Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh...