Muhammad Sajjad Dakwa Tak Sihat, Nafi Menyorok Jadi Pelarian

SHAH ALAM – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang sedang sakit, menafikan dia bersembunyi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa.

Menerusi video selama dua minit 21 saat yang dimuat naik ke media sosial itu, Sajat menafikan dirinya menyorok atau melarikan diri daripada pihak berkuasa.

“Masa bila kita jadi pelarian? Buat apa nak jadi pelarian?

“Masa bila saya menyorok? Ada ke awak nampak saya menyorok?” katanya menerusi video itu yang dilaporkan Sinar Harian.

Sajat mendakwa dia mendiamkan diri kerana tidak begitu sihat.

“Saya bukan menyorok, tapi hanya mendiamkan diri dari Instagram,” katanya ketika menjawab soalan netizen tanpa mendedahkan wajahnya dalam video itu.

Pada 23 Feb lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal hadir dalam sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Pada 6 Jan lalu, Sajat dituduh berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, 7.30 malam, 23 Feb 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – FMT

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Pengarah, Pengurus Syarikat Bekal Makanan Sejuk Beku Didakwa Di Mahkamah

JOHOR BAHRU – Syarikat pembekal makanan sejuk beku, LY Frozen Food Sdn. Bhd. bersama pengarah serta pengurusnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di...

Jangkitan Baru Covid-19 Di Kelantan Atasi Selangor, Sarawak

PUTRAJAYA - Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 iaitu 2,875 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,541 kes. Sebanyak 13 kluster...

Bekalan Oksigen Bertahan 72 Jam, Operasi Cari Kapal Selam Indonesia Dipergiat

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) krew kapal selam KRI Nanggala 402 yang dipercayai hilang dan kandas di perairan Bali, terus dipergiat...